Friday, September 12, 2008

BZ Giler!

Cida! aku pun dah bz sekarang ni. Maklumlah nak tinggalkan M*SU ni. Cewah2. Aku baru je siap 7 set soalan final exam. Terasa sakit jantung menyiapkannya. Semput akak! dan untuk meraikan kejayaan yang gigih menyiapkan semuanya tu, aku, deli, ewan dan lan lepak di Old Town White coffee di Sunway Pyramid. Lepas tu kami pergi ke Uptown Shah Alam melawat seorang lagi sahabat kami si Anip yang berniaga bunga hiasan di sana. Sempatlah aku rembat 2 helai selendang dan baju ala2 Noorkumalasari masa muda2 dulu. Hahaha, bilalah nak pakai, tapi yang pasti aku akan pakai juga..yeha..yeha..

Sibuk sangat sekarang. Aku sedang uruskan majlis berbuka puasa dengan anak2 yatim untuk projek community service. Nanti di majlis tu kami akan masak bubur lambuk bersama2 dengan mentee. Insya-Allah 22/09/2008 ni majlis tu akan berlangsung. Doakan semuanya selamat dan sukses yer!

Oh ya, minggu lepas aku dan beberapa rakan sekerja buat majlis berbuka puasa di tempat terbuka bersama mentee untuk mentor mentee activity dekat Padang Shah Alam (belakang Bluewave). Best giler bila makan ramai2 beralas tikar, ala2 picnic gitu. Lepas berbuka aku dan Kak Ruzi bersama 2 lagi students kami berjemaah untuk solat terawih dekat Masjid Negeri, Shah Alam. Yang lucunya, bila masa berbuka ramai student yang terlibat, bila masa solat terawih hanya 2 orang je yang sudi turut serta. Ada2 je alasan budak2 ni.

Tiga minggu lepas aku dengan Kak Ruzi, Kevin buat aktiviti mendaki Bukit Lepoh, Hulu Langat dengan mentee2 kita orang, ada juga mentee daripada mentor lain yang turut serta, aku OK je. Kalau tanya aku memanglah best sebab aku memang suka mendaki dan masuk hutan. Budak2 ni nak sangat mandi air terjun, aku pun offerlah tempat yang aku rasa menarik sangat ni (aku dah pernah pergi sebelum ni) tapi kene mendaki bukit 1 1/2 jam baru akan tiba ke destinasi. Kat atas sana ada air terjun 3 tingkat yang di bawahnya ada kolam yang airnya berwarna hijau. SubhanAllah cantiknya ciptaan Tuhan. Kita orang bawa 3 ekor ayam untuk buat BBQ di atas sana. Aku ditugaskan untuk marinate ayam dan masak nasi lemak sebagai persiapan ke Bukit Lepoh (fuh!).

Antara menu di atas sana:
1. Nasi Lemak + telur rebus + timun + sambal ikan bilis (credit to Kak Ruzi).
2. Sosej Ayam (Ramly Burger beb!)
3. Ayam BBQ (credit to aku..ahaks..ahaks)
4. Salad (tomato+timun+salad+thousand island)

Antara XTVT di sana:
1. Bersarapan pagi di kaki Bukit Lepoh (sebelum mendaki)
2. Mendaki, derma darah dekat pacat
3. Bakar membakar (ayam + sosej)
4. Sesi makan2 (perabih!)
5. Mandi-manda (lawan siapa yang menyelam paling lama..boleh gitu?)
6. Makan lagi...
7. Mandi lagi..
8. Menjala ikan (gila la budak2 ni..aku tengok dan bagi sokongan moral je..hehehe)
9. Kemas barang2..then balik...berjalan dalam hujan..best gilerrrr!!!..(teringat masa dekat KLKM dulu)
10. Berjalan pulang ke kaki Bukit (rasa dah 'bebai' dah masa ni -> bebai adalah istilah masa dalam KLKM dulu..kiranya jalan pun dah rasa macam tak pijak tanah dah..main jalan je..sambil kepala dah mengong2)
11. Sampai bawah, kevin belanja aiskrim (RM 1)..oklah tu, dia belanja 12 orang tau!
12. Sambung mandi lagi..berkubang dekat sungai di kaki Bukit..best woooo..tapi tak leh lawan air kat atas Bukit Lepoh (5x lebih sejuk dan jernih!).

Kenangan masa mendaki, baru mula mendaki dah nak patah balik, kelakar betullah budak2 ni. Aku memang pantang nak patah2 balik ni, jalan je dan zikir banyak2 sepanjang perjalanan, lama2 sampailah ke destinasi.

Dialog yang aku tak boleh lupa.

S1: Cik wan, jauh lagi ke?
Aku: Dekat je..sikit lagi..sikit lagi..

10 minit kemudian..

S2: Cik wan jauh lagi ke?
Aku: Dekat je..sikit lagi..sikit lagi..
S1: Asyik sikit lagi je..tak sampai2 pun..
Aku: Hehehe..sabarlah..hehehe..

S3: Lain kali kalau cik wan buat xtvt saya tak nak join la..xtvt cik wan tahap tercabut nyawa!..
Aku: Tak baik tau kutuk2 saya..awak tunggulah ganjarannya kat depan..mesti awak teruja punya! nak sesuatu yang ganjarannya hebat kenalah berusaha dan sabar..

Bila dah sampai destinasi..

Aku: Macam mana? Best?
S3: Fuyooo..boleh bagi 2 tumbs dekat cik wan! Meletup la!


Itulah, aku memang dah cakap dengan budak2 ni, fikir 2, 3 kali kalau nak naik Bukit Lepoh tu. Tempat tu memang best, tak ramai orang tahu lagi dan sanggup nak naik tempat tu. Memang terseksa sikit kalau tak biasa naik gunung dan keadaaan fizikal tak sihat. Tapi apa2 pun semangat tu kena kuat, hati kena tabah dan tak boleh merungut2. Kalau nak merungut2 penat atau tak larat, baik mandi dekat Sg Congkak je. Nak naik hutan ni tak boleh merungut2, tak baik.

Kelmarin, budak2 yang jual mahal masa aku ajak join xpdc hari tu, ajak pergi. Hahaha..Sorry lah, aku nak rehat jab, banyak kerja nak kena siapkan. Lagipun masa tu aku dah tak ada kat MSU. Lain kali, Insya-Allah kalau diberikan kekuatan oleh Allah dan masa pun mengizinkan aku ON je. Aku suka je!

1 comments:

Azuan_Zameer @ RashRozhams said...

seronoknyer...

nak ituttt.. hehehehe....