Friday, July 23, 2010

Rindunya..

Rindunya ingin menulis. Tapi kesibukan sering menghimpit diri. Bukan sibuk kerja tapi sibuk berfoya2 dengan rakan2 di sini. Boleh dikatakan setiap minggu aku akan tidur di rumah kawan aku di Bandar. Perjalanan dalam 30 - 40 minit dr sini. Walau sedikit jauh, namun aku gembira dan puas. Kami ber4 akan berkumpul dan buat xtvt libur bersama2. Antaranya berenang, menonton wayang, membeli-belah, berkaraoke dan makan2 (pasti!). Seronoknya hidup. Alhamdulillah aku gembira dengan kawan2 aku ni. Mereka ni isteri orang yang suami masing2 tinggal jauh. 2 daripada 3 orang nie, di kala hujung minggu atau 2x seminggu mereka akan pulang bertemu suami masing2. Cuma yang seorang lagi tuh yang suaminya datang sini setiap hujung minggu. Aku? ahaks, macam biasa..single and available. Tak tahu bila. Malas mahu berpk2. Follow the flow sajelah!

Apa yang seronoknya? mereka ini sentiasa menyokong, selalu ceria, berkongsi suka dan duka, teman menemani dan bantu-membantu antara satu sama lain. Teringat semasa zaman belajar dulu. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kawan2 yang baik2 belaka sejak dari dulu. Semuanya boleh diharap dan sering membantu. Memang aku masih ada kawan baik dari bersekolah rendah, menengah, universiti, tempat kerja lama hingga sekarang. Sayang anda semua! Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan anda semua wahai rakan2 tersayang! AMIN.

0 comments: