Saturday, August 21, 2010

Selamat Berpuasa Semua!

Muahaha, memang macam dah terlewat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa buat semua insan tersayang. Jika anda berasakan diri anda insan yang saya sayang, sila senyum dengan gembiranya yek!

Ramadhan kali ni disambut dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Alhamdulillah sempat berterawih di masjid dan surau berhampiran. Jika x kepenatan dan kemalasan pasti cuba menghadirkan diri ke sana. Kalau x pergi terasa rindu. Lagipun ramadhan je boleh buat terawih. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan olehNya. Syukur sangat.

Aku sempatlah sambut awal ramadhan di Klang, berbuka dengan keluarga yang x berapa nak besar tuh. Sekarang ni di Melaka, suasana sama saje cuma rindu dengan masakan emak. Jika rindu menjelma aku pasti akan memasak kerana masakan aku juga adalah daripada resepi emak. Mungkin rasanya x sehebat masakan emak tetapi masih mampu mengubat rindu pada masakan emak. Alhamdulillah. Biasanya hujung minggu (sabtu dan ahad) aku akan memasak.

Hari2 lain? aku berbuka puasa dengan kawan2 di bandar. Berterawih dan tidur rumah mereka. Seronok dan gembira! Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kawan2 yang best dan ceria. Hidup sentiasa terisi. Itulah, Allah duga kita tapi beri juga nikmatNya pada kita. Kita je yang kadang2 x nampak semua tuh.

Insya-Allah, akan pulang bercuti berhari raya lebih awal. Cuti seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya. Alhamdulillah, seronok lagi! X sabar nak balik klang, nak shopping dengan kawan2 melaka yang konon2 nak turun J*alan T*A*R. Pasti sakan hari tuh.

Owh ya, next week ada xtvt berbuka puasa dengan anak2 yatim. Aku join fakulti lain. Biasalah, kawan2 gila2 aku bukan dari fakulti aku tapi semua dari fakulti business. Aku memang suka kawan dengan pelbagai kumpulan asal kepala leh masuk. Hidup mesti Gumbira!

Oklah, x tahu nak mengarut apa, nak balik umah jab, pastu nk pergi pasar cari barang sket nak masak utk petang nanti. Housemate aku request aku nak makan special katanya..oklah..boleh saje!

0 comments: